adalah diperlukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja


Bengkel 'Outreach' Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling





Bengkel 'Outreach' Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang diadakan di Hotel Selesa , Pasir Gudang selama tiga hari dua malam. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang pada 19 hingga 21 Oktober 2011.




Program ini betujuan untuk menggalakkan para pelajar menggunakan ICT sebagai medium penyampaian maklumat menerusi penghasilan laman blog Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).



Program ini sedikit sebanyak dapat memberikan input yang positif kepada para pelajar serta mengenali dunia blog di zaman yang semakin membangun ini. Pihak  Jabatan negeri Johor amat berharap agar para peserta yang terlibat dapat menjadi ' bench mark ' kepada sekolah-sekolah yang lain di daerah mereka. 

Apa itu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling







PERKHDIMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1960-an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah , kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.


GURU YANG TERLIBAT DI SMK SERI KENANGAN



Puan Haslinda Bt. Mohd Farip & Cik Nurul Jalilah Bt.Abd Rahman
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan hasil idea dua orang kaunselor ini. Beberapa ahli kumpulan yang terlibat semasa pembikinan blog ini ialah : 


  • Muhd Hafizudin Bin Mujar
  • Nurainina Bt Ayob