adalah diperlukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja


SEJARAH SK


Laman web rasmi SMK Seri Kenangan


 sila klik pada gambar untuk terus ke laman web rasmi sekolah kami 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KENANGAN


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Segamat, sebuah sekolah yang tersergam indah terletak di pekan kecil Batu Anam dan kurang 20 kilometer dari Bandar Segamat. Idea penubuhan sekolah ini tercetus apabila Tuan Haji Kassim Bin Md Noh ingin mewujudkan sebuah sekolah elit untuk anak-anak Segamat. Nama SMK Seri Kenangan Segamat diambil bersempena nama sebuah kampung yang terdapat di sekitar sekolah ini iaitu Kampung Kenangan, Batu Anam.


Bangunan sekolah mula dibina pada tahun 2002 dan siap dalam masa 2 tahun. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mula dilaksanakan pada Januari 2005 dengan 256 orang pelajar dan 18 orang guru menjadi penghuni pertama SMK Seri Kenangan Segamat. Pelajar-pelajar dipilih melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2004 dengan memperolehi keputusan 5A dan 4A 1B. Encik (sekarang Tuan Haji) Yusof Bin Embot menjadi Pengetua pertama mengemudi bahtera pentadbiran sekolah.
Majlis Penyerahan Surat Membuka Sekolah Baru disempurnakan oleh Tuan Haji Ali Bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada ketika itu pada 3 Januari 2005. Majlis ini membuka lembaran baru bagi pendidikan di daerah Segamat khususnya dan di negeri Johor amnya bagi memberikan persaingan yang lebih sihat antara sekolah-sekolah lain.
Infrastruktur dan kemudahan di SMK Seri Kenangan Segamat juga setaraf dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Selain mempunyai bangunan akademik, Makmal Sains, Makmal Kemahiran Hidup dan surau, sekolah ini mempunyai trek balapan yang sesuai untuk acara-acara sukan dan seringkali digunakan untuk acara sukan peringkat daerah dan negeri.